Monday, May 22, 2006
Man Laksa

Man Laksa

Man Laksa adalah seorang pemuda yang mencari rezeki dengan menjual laksa di kampungnya. Beliau telah jatuh hati dengan anak Ketua Kampung bernama Chah. Man Laksa yakin dia akan mampu meminang Chah dengan menjual berkati-kati laksa pada Malam Amal Kg. Talang yang diadakan untuk mengumpul derma kepada keluarga Pak Maon yang kehilangan harta benda akibat kebakaran di musim banjir.

Man Laksa

Orang ramai mula tiba di tapak persembahan Malam Amal Kg. Talang. Fadhil Mat Dom selaku Ketua Biro Penerangan Belia 4B Cawangan Kampung menjadi gementar dan resah apabila pentas tidak siap, penyanyi dan penari jemputan belum tiba, 'bandboy' juga tidak muncul dan seribu satu masalah lain. Lan Cicak yang baru sahaja tiba telah memberitahu Fadhil Mat Dom bahawa tiada persembahan yang boleh dibuat. Sebaik sahaja mendengar kata-kata Lan Cicak, Fadhil Mat Dom terus pengsan.

Man Laksa

Ketua Kampung mahu seseorang menggantikan Fadhil Mat Dom. Sesiapa yang berjaya mengambil alih dan menyempurnakan tugas Fadhil Mat Dom dengan baik, akan dijodohkan dengan anak gadisnya, Chah. Bagi merealisasikan impian memiliki Chah, Man Laksa sanggup memikul tanggungjawab mengambil alih tugas Fadhil Mat Dom.

Man Laksa

 

Man

 

Man

 

Man

 

Man

 

Man

 

Man

 

Man

 

Man


Posted at 5/22/2006 10:17:53 am by maccarulez
Make a comment  

Friday, March 31, 2006
Gubra


 
   Tujuh tahun selepas kematian Jason , Orked berkahwin dengan lelaki yang jauh lebih tua daripadanya.  Semuanya tampak lebih baik dan sempurna untuk permulaan perkahwinan mereka.  Arif sayangkan Orked dan mereka kelihatan seperti pasangan ideal.  

   Suatu hari, Orked dikejutkan dengan panggilan telefon daripada Mak Inom dengan membawa berita bahawa Pak Atan diserang demam yang teruk akibat penyakit kencing manisnya yang kronik.  Orked bergegas berjumpa dengan ibubapanya dirumah.  Sesampainya Orked dirumah keadaan menjadi kelam kabut.  Didalam kekalutan itu meraka berjaya juga membawa Pak Atan ke hospital.  

   Ketika dihospital, Orked telah terserempak dengan Alan iaitu abang kepada Jason kekasihnya yang mati akibat kemalangan jalanraya (sepet).  Ayahnya Pa juga telah dimasukkan kedalam wad yang sama.  Selepas pertemuan itu, persahabatan diantara Orked dan Alan berpanjangan diluar pengetahuan Arif.  Bagi Orked persahabatannya dengan Alan mengingatkan dirinya dengan cinta pertama ketika  bersama Jason.  

   Dimasa yang sama terdapat sebuah lagi kisah masyarakat dimana seorang bilal yang wataknya dilakonkan oleh Nam Ron terpaksa berhadapan dengan jirannya dua orang pelacur iaitu Temah dan Kiah disamping itu terdapat juga kisah seorang lelaki misteri yang kuat berjudi bernama Ki.

   Di pengakhiran Filem Gubra ini, Orked mendapat tahu bahawa suaminya curang, Temah disahkan mendapat penyakit yang serius, Ki pula berjumpa kembali dengan anak luar nikahnya di dalam keadaan mengejut dan penuh penyesalan manakala Kak Yam telah jatuh hati kepada attendan hospital yang bernama Pengki sewaktu menjaga Pak Atan di wad dan yang terakhir Kiah pelacur yang paling muda itu mati dalam keadaan yang tidak disengajakan.  Bagi para peminat Filem dari Yasmin Ahmad ini nantikan tayangannya tidak lama lagi.


Posted at 3/31/2006 8:48:57 pm by maccarulez
Make a comment  

Tuesday, March 28, 2006
Lantai T. Pinkie

"Pinkie adalah saya. Sesuatu yang istimewa. Hidup yang penuh tragik. Ada cinta tetapi saya kurang mengerti artinya. Tidak berani untuk memberi definisi tersendiri. Apa ya cinta? Hebat jika manusia dapat mentafsirkan dengan tepat arti cinta itu. Kerana saya pernah cuba untuk bertanya kepada ibu tentang cinta; tentang lelaki yang pernah hadir dalam hidupnya. Jawapan yang diberikan hanya diam... Apakah diam itu cinta?"

Lantai T. Pinkie

 T. PINKIE atau nama sebenarnya Tengku Seindahkuno ialah perempuan yang paling cantik dan terkenal di Bunga Joget Moden serta menjadi buruan ramai lelaki. T.Pinkie hidup duka sebagai perempuan joget di Singapura pada zaman 1950-an selepas Perang Dunia Kedua. Kehidupan T.Pinkie dan rakannya seperti Nyai Sunarti, Siti Udaya, Musalmah Jiing dan Puteh Sue Abdullah penuh lara. Mereka terpaksa melayani lelaki yang berkunjung ke kelab itu. Jongkidin, Muhairi Tirus dan S. Diman adalah watak-watak yang mewakili zaman itu. Mereka bercakap tentang cinta, kasih sayang dan kehidupan tetapi tiada apa yang dapat dilakukan pada zaman yang penuh dengan linangan air mata dan derita. Mereka mempunyai sejarah kehidupan sendiri. Bukan sedikit derita menyelimuti mereka. Namun mereka juga perlu hidup seperti orang lain. Muhairi dan T.Pinkie masing-masing memiliki perasaan cinta yang mendalam tetapi tidak dilahirkan secara terus terang sehinggalah T.Pinkie didera oleh suaminya, Gunjoloh. Muhairi dan T.Pinkie 'lari' daripada kehidupan itu hingga ke Sarawak.Malangnya kehidupan yang bahagia mereka sebagai suami isteri tidak kekal lama kerana selepas itu konfrontasi yang melanda antara Malaysia dan negara jiran meninggalkan catatan paling hitam dalam hidup Muhairi. Sekalipun akhirnya keseorangan, Muhairi tetap hidup bersama cinta dan kenangannya bersama T.Pinkie. Dia juga kembali mengenang T.Pinkie, kejahatan Gunjoloh, tawa dan tangis rakan-rakan apabila menyanyikan lagu Johor Sport Club.

Lantai T. Pinkie

"Lantai ini tempat kasut-kasut bercerita...."


Posted at 3/28/2006 3:33:36 pm by maccarulez
Make a comment  

Thursday, March 23, 2006
Teman Bicara

Untuk hari ini aku perlu teman buat bicara
Untuk hari ini aku perlu teman buat meluah rasa

Teman bicara..
Aku bingung..
Kerana hari ini aku sampah
Kerana hari ini aku lemah

Teman bicara..
Aku takut..
Akan hari esok
Dan juga hari lusa

Teman bicara..
Aku salah..
Mengingkari norma hidupku
Menyongsang arus jalanku

Teman bicara..
Aku keliru..
Mana arah harus ku tuju
Bila keduanya tetap aku mahu

Teman bicara..
Aku sesak..
Dengan nasib yang sendiri aku pilih
Sehingga menyekat nyekat  hela nafasku

Teman bicara..
Aku merayu..
Dengan tulus hatimu
Bantu aku bertatih lagi
Biar jalanku tak lagi tempang
Hari esok


Posted at 3/23/2006 8:03:58 pm by maccarulez
Make a comment  

Monday, March 13, 2006
Penasaran!

Berikut adalah lagu² bikin gwa jadi penasaran gitu!

1. DAN Band - Tanpa Mata
2. Flanella - Tiga Hari Yang Lalu
3. Iwan Fals - Senandung Lirih
4. J Rock's - Kuingin Kau Untukku
5. Keris Patih - Lagu Rindu
6. Melly Goeslaw & Ari Lasso - Apa Artinya CInta
7. Tere - Pasangan Sepadan
8. Sheila On 7 - Karna Aku Setia
9. Ungu - Demi Waktu
10. Astrid - CInta Itu
11. Bintang feat. Winda Viska - Disini Untukmu
12. Shera - Pulang Ke Hatimu
13. Slank - Ku Tak Bisa
14. Henry Foundation feat. Rebecca - Satu Waktu

Kalau bole memang nak share lagu² ni kasi orang lain dengar gak.. tapi masalahnye aku tak reti nak buat cemane heheheh.. Download sendiri laa ye.. bagi aku best laa lagu² ni..

Gambar Hiasan


Posted at 3/13/2006 2:38:45 am by maccarulez
Comments (2)  

Saturday, February 04, 2006
How I Spent My Holiday

How i spent my holiday? bosan giler.. cuti 3 minggu tapi aku balik awal sket.. 2 minggu je aku stay kat sana.

Boring sangat laa.. hari² jadi driver.. pastu aku cam tak sehat sket seminggu tu.. lagi laa tak best holiday aku.. untuk menggambarkan betapa bosannye holiday aku, baca laa review tentang 7 vcd filem yang aku tonton ni hehehehe..

1 - Janji Joni

Image hosting by Photobucket


Aku rasa ni filem paling best yang aku tengok sepanjang aku kat rumah.. aku suke citer ni.. filem ni citer pasal Joni (nico saputra) sebagai penghantar rol filem.. tapi dari situ die expand citer tu jadi macam².. dah jadi macam adventure pulak sebab dalam satu hari tu Joni kene buat banyak keje.. Bukan hantar rol filem je.. Moto die hilang, die kena jadi pelakon extra, beg die kene curi, die kene tipu ngan pencuri, die main drum, jumpe dengan orang saiko, last last die kantoi tak dapat hantar rol filem on time.


Image hosting by PhotobucketImage hosting by PhotobucketImage hosting by Photobucket

Malas nak tulis panjang².. banyak lagi ni.. citer ni pada aku worth it untuk ditonton.. jalan citer menarik.. die shoot filem ni pon cantik.. aku enjoy tengok citer ni.. personally aku leh kasi 4.5 bintang.. so sape² yang belum tengok citer ni bole laa tengok.. bestt!!


Image hosting by PhotobucketImage hosting by Photobucket

2 - Vina Bilang Cinta


Image hosting by Photobucket


Citer ni bole tahan gak.. tak jiwang sangat.. tapi ader part² die yang jiwang.. actually yang jiwang tu die punya ayat² die kot.. Filem ni citer pasal Tris (Delon), mamat kampung yang nak jadi penyanyi kat jakarta.. Tris ni tanak nyanyi lagu lain.. die nak nyanyi lagu Vina Panduwinata je.. penyanyi zaman dolu² kot 70-an aku rase.. Adik die mintak tolong Cillia (Rachel Maryam) jadi manager.. Cilli ni pulak jenis cakap ikut sedap mulut.. lagipon die ni cam tak subur sokmo.. tapi last last tu die cair laa ngan Tris.. alaa biase laa tu..


Image hosting by Photobucket


Citer ni best.. tapi yang aku kagum tu ngan Delon.. die baru kuar Indonesia Idol pastu berlakon filem pastu die nampak ok berlakon citer ni.. Tapi aku tengok budak² AF yang main wayang citer yusof haslam tu ntah ape je.. malaysia ni suke tangkap muat laa.. citer ni ok. aku kasi 3.75 bintang!


Image hosting by Photobucket


3 - Catatan Akhir Sekolah


Image hosting by Photobucket


Yang ni best.. memula aku tengok aku pening.. intro lame sangat.. serabut kepala.. aku tutup, esok baru sambung tengok balik.. memula aku ingatkan citer ni tak best.. tgh² citer ni jadi makin syok pulak.. Filem ni citer pasal 3 org kawan yang tak femes kat sekolah dorang.. Tapi dorang ni president utk kelab masing².. dorang ader idea untuk annual dinner tapi club members dorang sume kutuk.. last² dorang buat project tu 3 orang je.. name project tu Catatan Akhir Sekolah.. dorang buat video pasal ape yg berlaku kat sekolah tu dalam tahun tu.. ader laa tunjuk budak fly, isap rokok, budak skema, budak alim, budak kantoi dating, couple bergado, macam² laa..


Image hosting by Photobucket


Citer ni jadi interesting sebab semua pelakon die ader peranan sendiri.. walaupun 3 org ni tadi kire watak utama, tapi orang lain pon jadi watak penting gak.. memang enjoy tengok citer ni.. aku pon sengih² sengsorang tengok citer ni.. lagi satu idea die nak tukar dari buku tahunan jadi video tu memang gempak.. best best. 4 bintang!


Image hosting by Photobucket


4 - Tak Biasa


Image hosting by Photobucket


Citer lakonan Duta So7.. citer pasal Abi (Duta) yang konon² nya mencari cinta laa.. jumpe awek sorang nak ngorat.. pastu break.. kesian laa jugak.. tapi last² die couple balik ngan gfren die yg nombor 2 tu.. sume sekali die ngorat 3 kali..


Image hosting by Photobucket


Citer ni ader sikit kelakar laa.. tapi Duta cam sengal je.. Kalau kat sini citer ni ala ala A. Razak Mohaideen punye cerita laa.. lawak² murah yang budak² sekolah rendah suka tengok.. kire Duta dalam citer ni sama cam Apek laa.. walaupun citer ni cam sengal sikit aku kasi 3 bintang laa

5 - Brownies


Image hosting by Photobucket


Citer pasal Kue Brownies.. "Biarkan Rasa Yang Memilih".. Mel (Marcella Zalianty) suka buat brownies tapi tak penah yang sedap.. die baru break ngan bfren die sebab bfren die ni tido ngan pompuan lain.. one day member die jumpe satu kedai buku yang buat cam kafe.. jual brownies sedap.. sambil baca buku bole makan brownies.. ntah cemane ntah last² mel ni suke kat tokey kedai buku tu Are (Bucek)


Image hosting by Photobucket


Citer ni tak kuat.. kadang² membosankan.. tapi aku still kasi at par.. 3 bintang!

6 - 5 Sehat 4 Sempurna


Image hosting by Photobucket


Citer pasal 9 org kengkawan.. 4 laki.. 4 pompuan.. 1 bapok.. dorang main betting.. yang laki sorang ni kene ngorat ex gfren die balik.. pompuan sorang ni pulak kene ngorat sorang artis mat saleh yang datang buat show kat indon.. bapok tu jadi pengadil.. sape menang, yang kalah tu kene belanja dorang gi kuala lumpur...

Ermm.. die nak buat citer kelakar.. tapi cam tak berapa sangat.. citer cam tepape je..last² bapok tu yg dapat artis mat saleh tu, bapok tu gak yg dapat awek tu.. takyah laa tengok citer ni.. buang duit je. 2.25 bintang!

7 - Banyu Biru


Image hosting by Photobucket


Citer ni Dian Sastro berlakon.. citer paling bosan yang lebih bosan dari Pasir Berbisik.. entah nape laa dian ni suke berlakon citer bosan camni.. Ladya Cheryl pon ader sekejap je..takyah tau laa citer ni pasal ape.. takyah tengok langsung pon takpe.. 1.25 bintang!


Image hosting by Photobucket



Posted at 2/4/2006 5:03:32 am by maccarulez
Make a comment  

Sunday, January 15, 2006
Syuga - 8 Hari Seminggu

Artist: Syuga
Title: 8 Hari Seminggu

Aku menyayangimu
Juga aku..
Mencintaimu dilapan hari seminggu

Semakin mendekatimu
Seperti kamu
Pun menemani 25 jam sehari

Selalu begitu
Bila bercinta
Tiada habisnya

Sungguh sungguh
Kaulah tempatku berteduh
Saat hati
Sedang rapuh dan membisu

Kau beri aku arti
Maka ku tegar berdiri

Aku menyayangimu
Juga aku..
Mencintaimu dilapan hari seminggu

Semakin mendekatimu
Seperti kamu
Pun menemani 25 jam sehari

Habislah kita
Dianyam perasaan enggan berpisah

Sungguh sungguh
Kaulah tempatku berteduh
Saat hati
Sedang rapuh dan membisu

Kau beri aku arti
Maka ku tegar berdiri

Menggilaimu setengah mati tanpa ku ragu
Bahwa kaulah pilihan hatiku
Dan aku mau selamanya denganmu

Aku menyayangimu
Juga aku..
Mencintaimu dilapan hari seminggu

Semakin mendekatimu
Seperti kamu
Pun menemani 25 jam sehari

Aku menyayangimu
Juga aku..
Mencintaimu dilapan hari seminggu

Semakin mendekatimu
Seperti kamu
Pun menemani 25 jam sehari


Posted at 1/15/2006 7:03:51 pm by maccarulez
Comments (5)  

Previous Page Next Page

::cReDiT::

::BouT HiM::

MaC

:: MaCCaRuLeZ ::

:: LiVeRPuDLiaN ::

:: EZHUN ::

:: MCoNT aLVo ::

::My TaG BoaRD::

Name
Email
URI
Msg




<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30


:: ToDaY's BLoG SoNG ::


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed

Get My Music Playlist Here http://maccarulez2907.tripod.com/index.htm Dont hesitate to cantact me if u need the song!

Official Liverpool Site

Multimedia University

Hitz Fm

Era Rentak Musik Terkini

Man In The Bus Mirror

BLOGDRIVE
TEMPLATES